Sunday, May 30, 2010

Semakan keputusan permohonan ke USM
Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi dan yang setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2010/2011 boleh menyemak keputusan mulai hari ini 29 Mei 2010 jam 12.00 tengahari sehingga 31 Mei 2010 sebelum jam 5.00 petang.

Semakan Keputusan

  • Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman web https://pohon.usm.my/
  • Calon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
  • Semakan hanya boleh dibuat mulai 29 Mei 2010 sehingga 31 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Program Pendidikan

  • Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagi Program Pendidikan.
  • Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan Program Pendidikan.

Medic @ India dan Kemasukan Alternatif

  • Keputusan untuk permohonan medic@india dan kemasukan alternatif (warga sukan,warga emas dan warga budaya) akan diumumkan kemudian.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 jika terdapat sebarang pertanyaan.
Keputusan Perpindahan guru antara negeri/bahagian/dalam bahagian
Sila buat semakan disini menggunakan internet explorer: http://apps.emoe.gov.my/epgo/
Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 untuk Guru DGA 29, DG41, DG32(KUP) dan DG44 (KUP) secara on-line bagi seluruh negara akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Keputusan permohonan pertukaran Jun 2010 akan dikeluar mulai 28 Mei 2010

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010
Kad ikhlas dari Exco Pelajaran dan Menteri Besar Perak.

WARGA SMK ST GEORGE, TAIPING 2010

Monday, May 3, 2010

KEY CHAIN JOGATHON 2010

Modul Soalan Latih Tubi PMR ( SOLAR ) 2010 Negeri Perak
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah 2010

Tarikh mula persekolahan Tingkatan 6 Bawah bagi tahun 2010 pada : 10 Mei 2010
Semakan kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah mulai 3 Mei 2010 boleh dilakukan dalam 2 cara:
i) SMS ke 15888 mengikut format: T6< jarak >KP< jarak >NoK/P contoh, T6 KP 911223083345
ii) Layari laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.edu.my) – Klik pada pautan Tawaran Masuk Ke Tingkatan 6. Pautan: http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm
Surat Tawaran Kemasukan perlu dicetak dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia oleh calon sendiri. Namun sekiranya calon datang ke sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri; pihak terlibat boleh bantu mencetak surat tawaran dari laman web.
Surat tawaran tersebut perlu dibawa semasa mendaftar masuk ke Tingkatan 6

Saturday, May 1, 2010

Semakan UPU boleh dibuat hari ini 1 Mei 2010. [tengah hari]
 KUALA LUMPUR – Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.
Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.
Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.
Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.
sumber: kosmo online

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA: https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=09